Sekarang Allah bagi kau rasa tidak tenang,
kesedihan dan kecelaruan, kerana sesungguhnya Mahfuzah, kau sekarang mula
bergantung pada yang akan mati. bukan padaNya yang Hakiki.
God: There is no god but He, the living, eternal,
self-subsisting, ever sustaining. Neither does somnolence affect Him nor sleep
(2:255)
It is God who created you of weakness, then after weakness
gave you strength, then after strength will give you weakness and grey hair
30:54
Kau mula jauh dariNya,
kerana bila kau berdoa, kau tidak berada dekat denganNya.Kau lebih mengutamakan
perihal dunia, menagih segala belas daripada penghuni dan seluruh isi perut
dunia.Sehingga kau alpa untuk menadah tangan meminta pada tuan empunya Syurga
dan Neraka.
Kau
lupa Mahfuzah,
Kau
lupa bahawa kau ada Dia.
Kau berdoa supaya jangan
diringankan ujian dan dugaan, malah kau memohon supaya dikurniakan ketabahan
dalam perjalanan sebagai galang gantinya.Tapi bilamana permintaan dipenuhi,
mengapa kau melatah Mahfuzah? Kau sering mengeluh hingga terhakis keampuhan
roh.Kau merungut mengatakan keperkasaan kau mula runtuh.
Kau terlalu cuak.Terlalu
bimbang akan manusia keliling susah kerana kau.Maka kau tahan lidah untuk tidak
meluah, kau paksa hati untuk membuka ruang untuk kau simbah segala macam
masalah, kau nekad untuk tidak untuk terus memberi payah.Lalu kau asak kepala
dengan beribu bagai jenis keluh kesah.Malah kau rasa yang hidup kau sudah celaka.
Tapi
kau lupa Mahfuzah,
kau
lupa bahawa kau ada Dia.
Astagfirullah....Aku lalai dalam
menjalankan tugas sebagai seorang khalifah.Kerana diri terlalu lemah saat batin
mula menyerah kalah.Kerana khilaf, mengaburkan kebenaran.Tiada siapa yang layak
untuk kau tunding jari menunjuk salah, selain hanya diri kau semata-mata.
Kerana
kau acapkali lupa,
Kau
terlalu leka,
Akan satu fakta,
Bahawa
kau sentiasa ada Dia








Zagazig Time